Penunggu Rumah

Saya teringat satu kisah yang di ceritakan oleh sahabat saya ketika kami masih lagi budak². Pada waktu itu kami berumur dalam lingkungan sebelas tahun. Ketika sahabat saya bercerita, kami semua sedang lepak rilek di atas pokok jambu batu. Perempuan lelaki semua ada beramai² di atas pokok di tepi rumahnya. Dari atas pokok kami boleh nampak arwah mak sahabat saya ini sedang memasak.


Nama sahabat saya Faqru. Pada waktu itu Faqru baru berpindah ke kampung saya setelah rumahnya yang sebelum ini mengalami kebakaran dan dia juga mengalami luka kebakaran di bahagian kepalanya.


Kisah ini terjadi mungkin beberapa hari sebelum kejadian kebakaran berlaku. Katanya dia dan rakan sekolah yang lain pergi bermain di sebuah rumah yang di katakan di tinggal lama oleh tuannya. Tetapi dia tidak mengetahui yang rumah itu berpenunggu dan penunggu itu adalah yang jenis jahat yang di bela oleh tuan rumah itu.


Pada satu hari Faqru di ajak rakan²nya untuk meninjau di dalam rumah itu untuk melihat apa yang ada. Pada mulanya Faqru menolak kerana dia sedikit penakut tetapi atas desakan akhirnya Faqru ikut juga.


Mereka semua terus masuk ke dalam rumah itu. Dalam rumah itu masih ada lagi perabot lama² yang masih elok tetapi sudah berdebu tebal. Oleh kerana terpegun dengan barang-barang yang agak unik berada dalam rumah itu, mereka tidak perasan mereka berpecah seorang demi seorang. Dalam ramai², hanya Faqru seorang masuk ke dalam satu bilik yang penuh dengan barang antik. Salah satu barang yang menarik minat dia adalah satu sabit kecil yang pangkalnya berwarna merah gelap. Sedang asyik dia menilik sabit itu, tetiba ada suara garau dari luar menjerkah "HOI..!!"


Oleh kerana terkejut, mereka semua berlari keluar dalam keadaan lintang pukang. Ada yang keluar melalui pintu depan dan pintu belakang. Kecuali Faqru melarikan diri melalui tingkap. Setelah berada agak jauh dari rumah itu barulah mereka berhenti berlari dan berehat dalam keadaan tercungap². Hilang penat lelah berlari, mereka semua pulang ke rumah masing².


Pada malam tersebut Faqru bermimpi berada di bawah sebuah pokok yang agak besar yang akarnya berselerak. Dalam keadaan lapar dia ternampak ada satu buah dari atas pokok tersebut dan ingin memetiknya. Baru sahaja dia pegang buah tersebut, tetiba jari jemarinya meleleh keluar darah. Faqru terus menjerit. Terkejut dengan jeritan Faqru, terus si ayah menggerakkan Faqru supaya bangun dari tidur. Ayahnya menyentuh dahi rupanya Faqru sedang demam panas.


Malam esoknya Faqru meracau² di dalam tidur dan pada malam itu juga lebih kurang dalam pukul satu pagi ayah Faqru membawa dia pergi ke hospital kerana suhu badannya agak panas luar biasa. Semasa berada di dalam kereta, Faqru berkata,


 "Kembalikan.." berulang kali.


Ayahnya rasa pelik lalu bertanya,


"Pulangkan? Pulangkan apa?".


"Anak kau ambil sesuatu bukan Hak Dia..!!"


 "Hak apa!"


Faqru senyap sahaja tidak menjawab soalan. Mungkin si Ayah tetiba rasa tidak sedap hati, terus membuat pusingan U dan pulang kembali ke rumah. Alangkah terkejutnya apabila melihat rumahnya sedang terbakar. Dalam keadaan kelam kabut untuk memadamkan kebakaran, tetiba Faqru keluar dari kereta dan ternampak kucing dia berada di dalam rumahnya yang sedang terbakar itu.


Tanpa berfikir panjang Faqru terus masuk ke dalam rumahnya untuk selamatkan kucing dia. Dalam keadaan tercari² tetiba 'klepop..' sabit pangkal merah itu jatuh entah dari mana terkena kaki Faqru. Dalam keadaan mamai Faqru ambil sabit itu dan berjalan keluar dari rumah. Pada masa itulah kepalanya terkena api yang sedang marak tetapi dia seolah tidak merasa kepanasan api yang sedang membakar di kepalanya itu.


Ayah Faqru selamatkan dia dan cuba memadamkan kepalanya yang sedang terbakar. Kepalanya cedera teruk dan sudah pasti akan meninggalkan parut. Sebelum Faqru pengsan dia sempat memberitahu ayahnya tentang sabit itu. Keesokan paginya Faqru sedar dan terus bertanya ayahnya akan kucing dia dan juga perihal sabit itu. Ayahnya cuma jawab kucing dia selamat ada di jaga oleh jiran dan sabit itu ayah dia sudah pulangkan kembali ke tempat asalnya.


Katanya rumah itu tidak ada seorang pun di benarkan masuk kecuali pewarisnya dan pewarisnya sendiri pun memang tidak berani hendak masuk apatah lagi menduduki di rumah tersebut kerana rumah itu ada penunggunya. Itu sahajalah yang dapat saya imbas kembali akan jalan ceritanya.


TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan